Tuesday, 9 April 2019

4BULAN ISTIMEWA DALAM KELENDAR ISLAM,.

REJAB merupakan bulan ke-7.
SYAKBAN BULAN KE 8,
DAN RAMADHAN BULAN KE 9,
DAN AKHIR NYA BULAN SYAWAL YANG DI NANTIKAN KE10'

           Di dalam kalendar Takwim Hijrah. Dalam bulan Rejab pula, berlaku peristiwa penting iaitu Isra' Mikraj yang dalam peristiwa tersebut Rasulullah S.A.W telah menerima kefarduan solat lima waktu terus dari Allah di Sidratul Muntaha. Sebelum itu, pada malam yang sama, baginda Rasulullah S.A.W telah diisra'kan dari Masjid al-Haram di Makkah (Arab Saudi) ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis (Palestin) menunggang Buraq. Bulan ini juga merupakan bulan-bulan permulaan kepada bulan Ramadhan, yang berikutan selepas bulan Syaaban. Apabila baginda S.A.W melihat anak bulan Rejab, baginda akan berdoa kepada Allah seperti yang berikut: “ اللّهمّ بارك لنا في رجب و شعبان وبلّغنا رمضان Allāhumma bārik lanā fī rajaba wa shaʻbāna wa balligh-nā ramaḍāna "Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah (panjangkan umur) kami kepada Ramadhan."

”PERISTIWA DALAM 4BULAN YANG ISTIMEWA DALAM ISLAM,.
1-27 Rejab, Israk dan Mikraj. Hari kelepasan am bagi sesetengah negara Islam.
2-15 Syakban, malam doa yang dikenal sebagai Lailatul al-baraat diamati oleh Muslim
2-15 Syakban, kelahiran Dua Belas Imam yang terakhir, Muhammad al-Mahdi
3-Para ulama bersetuju bahawa al-Quran mula diturunkan pada bulan Ramadan, namun tarikhnya kurang jelas. Ahlu sunnah wal jamaah menerima bahawa al-Quran diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadan[5];
oleh itu 17 Ramadan diperingati sebagai hari turunnya wahyu (Nuzul Quran) buat pertama kalinya (terdapat juga percanggahan pendapat mengenai perlu tidaknya peristiwa ini dirayakan).[6] Pada malam tersebut,
  4-                 Ayat 1 hingga 5 surah Al-‘Alaq diturunkan ketika Nabi Muhammad SAW sedang berada di Gua Hira. Peringatan peristiwa ini biasanya dilakukan dengan acara ceramah di masjid-masjid.[perlu rujukan] Lailatul Qadar (malam ketetapan), ialah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan. Malam ini dikatakan, dalam al-Qur'an dalam surah Al-Qadr, lebih baik daripada seribu bulan.[7] Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa riwayat, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29.
                Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.[perlu rujukan] Hari pertama Syawal adalah Hari Raya Aidiladha. Sesetengah umat Islam mengamalkan enam hari berpuasa semasa Syawal yang bermula hari selepas Aidiladha kerana berpuasa adalah dilarang pada hari ini.
 5-         Berpuasa enam hari ini bersama dengan puasa Ramadhan, dianggap bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun. Alasan di sebalik tradisi ini ialah perbuatan baik dalam Islam dihadiahkan 10 kali, jadi berpuasa 30 hari selama Ramadan dan 6 hari selama Shawwāl adalah setara dengan puasa sepanjang tahun dari segi ganjaran.[1]
        Para ulama Shia tidak memberi penekanan pada puasa enam hari berturut-turut sementara di kalangan para ulama Shafi`i majoriti Sunni menganggapnya disyorkan untuk berpuasa hari ini secara berturut-turut.
         Mereka mendasarkan ini berdasarkan hadith yang berkaitan dengan Tabarani dan yang lain di mana Nabi Muhammad SAW, dilaporkan berkata, "Puasa enam hari berturut-turut selepas Idul Fitri adalah seperti berpuasa sepanjang tahun."[2] Sumber-sumber ilmiah tradisional lain di kalangan Hanafiyya dan Hanbaliyya tidak meletakkan penekanan pada hari-hari berturut-turut, sementara pendapat kuat dari Malikiyya lebih suka enam hari dalam setahun, berturut-turut atau sebaliknya.


SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT KEBERKATAN DAN KEAMPUNAN DARI ALLAH DAN TERUS ISTIQAMAH PADA TAHUN 15 INI 2019 AMIIIN,.,. 

No comments:

Post a Comment