AWALNYA PENGAMPUNAN DAN AKHIR NYA
BEBAS DARI API NERAKA DAN DIJAMIN TIDAK AKAN
MASUK NERAKA HINGGA DATANG
BULAN RAMADHAN TAHUN HADAPAN,..
Bulan Ramadhan adalah salah satu rukun islam.
Dosa-dosa manusia keluar diumpamakan seperti baru di lahirkan. Segala dosa akan di ampuni, termasuk dosa-dosa oleh kedua ibu bapanya jika kedua-duanya dikalangan orang yang mukmin. Akan di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu”. Pahala berpuasa-nya adalah sama dengan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
Akan diberi pahala kepada orang berpuasa seperti melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin. Pahala diberikan seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir yang turut sama memohon pengampunan baginya. Orang yang berpuasa adalah seperti seorang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya untuk mengalahkan Fir’aun dan Haman. Akan di-berikan oleh Allah s.w.t. segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim a.s. Pahala berpuasa adalah seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Akan di kurniakan oleh Allah s.w.t. kebaikan dunia dan akhirat Mereka yang berpuasa akan diumpakan keluar ke dunia seperti pada hari mereka dilahirkan dari kandungan ibu dan bersih daripada segala dosa Orang yang berpuasa seolah akan datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya penuh bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama. Keistimewaan orang berpuasa seperti datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan dan mungkar. Maka akan disaksikan oleh para malaikat, jika mereka telah melaksanakan solat Tarawih di bulan Ramadhan, maka pada hari kiamat mereka akan di bebaskan oleh Allah dari segala kemudaratan. Mereka yang berpuasa akan di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kuraisi. Orang yang berpuasa akan di bebaskan dari api neraka dan seterusnya memperoleh kemudahan untuk masuk pintu syurga. Akan memperoleh dan diberikan pahala seperti diterima pahala oleh para Nabi dan Rasul a.s.. Para malaikat akan menyeru kepada orang berpuasa: “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”. Mereka yang berpuasa akan di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus. Akan memperoleh pahala para syuhada dan salihin. Mereka yang berpuasa akan di bina rumahnya dari nur (cahaya) di dalam syurga. Pada hari kiamat kelak, mereka yang berpuasa akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan. Golongan yang berpuasa akan di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga Antara kelebihan berpuasa akan diberikan pahala yang berupa dua puluh empat (24) permohonan akan di kabulkan. Akan terhapuslah segala seksaan di kubur. Segala pahala bagi orang berpuasa akan diangkat selama empat puluh (40) tahun. Bagi orang berpuasa dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, mereka akan melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar. Allah s.w.t telah menjanjikan akan mengangkat mereka berpuasa dengan seribu darjat di syurga. Akan dihadiahkan pahala seolah mengerjakan seribu (1000) haji yang mabrur. Mereka yang berpuasa akan di panggil dan diperkenankan oleh Allah s.w.t., "Wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku..." Semoga Ramadhan Al-Mubarak pada kali ini akan lebih baik ataupun terbaik dari bulan puasa sebelumnya.
Setiap detik sepanjang bulan ramadhan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi ini. Allah SWT telah memberikan kelebihan yang banyak kepada bulan Ramadhan berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Rasulullah SAW, bersabda: amalan1 Ertinya: “Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu, dan dibuka pintu-pintu syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu. Penyeru pun menyeru: “Wahai orang yang mengharapkan kebaikan! Terimalah. Wahai orang yang mengharapkan kejahatan! Berhentilah, dan (yang ikhlas) kerana Allah SWT dibebaskan daripada api neraka dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam Ramadhan.” (Riwayat al-Tirmizi dan Ibdu Majah) Hadith ini menerangkan beberapa keistimewaan bulan Ramadhan, antaranya akan dibuka semua pintu syurga untuk menerima amalan-amalan soleh yang begitu banyak yang dilakukan oleh orang Mukmin pada bulan ini.
Syaitan-syaitan juga akan diikat apabila tiba bulan Ramadhan. Makna syaitan di ikat di sini bukan jin koren dan iblis yang mana dinamakan annas yang mengwas waskan anak adam,. Kelebihan bulan Ramadhan juga ialah difardhukan puasa di dalamnya. Puasa merupakan setinggi-tinggi amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT dan puasa juga penghapus dosa-dosa atas maksiat yang dilakukan. Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah telah bersabda: amalan2 Ertinya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan denga penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Antara keistimewaan puasa juga, Allah SWT akan menggandakan pahala orang-orang yang berpuasa melebihi amalan-amalan lain di mana kadarnya hanya diketahui oleh Allah SWT. Rasulullah SAW telah bersabda: amalan3 Ertinya: “Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kalit ganda serupa dengannya sehingga tujuh ratus kali ganda, Allah SWT berfirman: “Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan ketika berbuka puasa dan akegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah SWT daripada bau Musk.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ganjaran di akhirat bagi orang yang berpuasa tentunya lebih besar, kerana nikmat dunia walau sebesar mana sekalipun tidak mungkin menyamai sekecil-kecil nikmat akhirat. Rasulullah SAW bersabda: amalan4 Ertinya: “Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dipanggil ‘al-Rayyan’, masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat, tidak boleh masuk melaluinya seseorang pun selain mereka, diseru: “Mana orang-orang yang berpuasa?” maka mereka pun bangun, tidak akan masuk melaluinya seorang pun selain mereka, makan apabila mereka (orang berpuasa) masuk, pintu itu akan ditutup, maka tidak boleh masuk melaluinya seorang pun.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Antara manfaat yang boleh diperolehi dari ibadat puasa: Sifat ikhlas Puasa merupakan ibadah yang paling hampir denga makna keikhlasan bagi seorang hamba. Ini kerana ibadat puasa merupakan rahsian antara hamba dan Tuhannya. Seorang yang berpuasa boleh berbuka tanya diketahui oleh orang lain, tetapi kerana ketaqwaannya kepada Allah SWT yang mengetahui zahir dan batinnya, dan kerana mengharapkan pahala dan redha Allah SWT, dia tidak melakukannya. Itulah sebabnya ibadat ini istimewa dari yang lain. Sifat inilah yang paling berharga dalam kehidupan seorang Muslim kerana amalan yang tidak disertai dengan keikhlasan tidak diterima oleh Allah SWT dan tidak membuahkan hasil. Mujahadah dan kekentalan jiwa Puasa memaksa kita meninggalkan keinginan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan kepada kita untuk melakukannya sebelum Ramadhan. Ini mendidik kita untuk lebih tegas dan meninggalkan perkara yang sememangnya telah diharamkan oleh syariat diluar bulan Ramadhan. Sabar Puasa melatih kita bersabar dalam berhadapan dengan keinginan diri dan godaan luaran sepanjang Ramadhan. Sabar seperti ini amat perlu dalam berhadapan dengan segala kemungkinan dan kehidupan.
Memelihara fizikal Puasa menyebabkan kita terpaksa memeliharan perut, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Prihatin dan belas kasihan Puasa melahirkan rasa prihatin dan belas kasihan kepada fakir miskin, lantaran itulah disyariatkan zakat fitran pada bulan ini untuk menguatkan lagi perasaan tersebut. Perasaan ini adalah titik tolah kepada rasa tanggungjawab untuk melakukan pembaikan dalam masyarakat. Membuka hijab antara diri dangan Allah SWT Ibadat yang dilakukan dalam bulan Ramadhan berupaya membersihkan rohani dan hati. Dengan itu terbukalah hijab antara hamba dengan tuhannnya. Mengenali erti kejayaan sebenar Puasa mengajar Mukmin erti kejayaan sebenar. Bukanlah harga atau kedudukan menjadi kayu pengukur kepada kejayaan tetapi tercapainya matlamat yang telah digariskan oleh Allah SWT adalah kejayaan yang hakiki. Orang yang berpuasa akan memperolehi dua kejayaan, pertama ketika berbuka dan kedua ketika menemui Tuhannya. Rasa belas dan lemah lembut Rasulullah SAW mengajar umatnya, apabila seseorang mencari atau memperli orang berpuasa, maka hendaklah dia berkata “Aku berpuasa!.” Seorang Mukmin yang hakiki amat berhajat kepada latihan seperti ini, kerana tidak mungkin dakwah dapat disebarkan dengan kekerasan. Bahkan ia memerlukan sikap berlapang dada dan kemampuan menahan diri dari perasaan marah. Permusuhan dan perbalahan tidak sedikitpun mendatangkan keuntungan kepada dakwah, bahkan merugikan masa dan tenaga. Memperkukuh kesatuan ummah Orang Islam di seluruh pelosok dunia berpuasa dalam bulan yang sama.
Masing-masing merasakan nikmat kebaikan bulan Ramadhan dan perasaan ini dikongsi bersama oleh seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa, keturunan, warna kulit, bahasa dan melampau batas geografi. Merasai wujudnya kesatuan umat adalah perkara dharuriah atau yang paling utama yang perlu ada dalam diri setiap Mukmin. Merapatkan hubungan dengan alam Penentuan Ramadhan dan Syawal, membawa umat Islam memerhati perjalanan bulan dan bintang. Demikian itu melahirkan rasa keagungan kepada Penciptanya. Menjaga masa Puasa mengajar seorang Muslim supaya teliti dengan masa dan jadual hidup. Ketika bulan Ramadhan, seorang Muslim perlu teliti dalam menentukan waktu terbuka dan sahur kerana sedikit kesilapan akan membatalkan puasanya. Disiplin masa seperti ini amat perlu dalam kehidupan seorang Mukmin agar setiap perancangan hidupnya berjaya dan tepat pada masa yang ditetapkan.

No comments:
Post a Comment