Thursday, 5 September 2019
DI WAJIB KAN BERSOLAT USIA BALIR,.
Solat seawal usia 7tahun
dan diwajib kan keatas seseorang ketika usia balir
melayu 16-17tahun,.,. arab 12-15tahun lelaki,.,
Perintah Solat ke atas Anak-Anak Kamu seawal 7tahun,.,.
Sebagai mana perovi hadis di bawah,.,.
Daripada Amru bin Syu'aib daripada ayahnya daripada datuknya, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Perintahkanlah anak-anak kamu untuk melaksanakan solat apabila sudah mencapai umur tujuh tahun. Apabila sudah mencapai umur sepuluh tahun maka pukullah dia apabila tidak melaksanakannya serta pisahkanlah tempat tidur mereka." (Berkata an-Nawawi, hadith hassan sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Dawud dengan sanad yang hassan. No. Hadith : 495).
Matan hadith :
عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُرُوا أَوْلادَكُمْ بِالصَّلاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ. وقال النووي حديث حسن رواه أبو داود بإسناد حسن. ] سنن أبي داود , كِتَاب الصَّلاةِ, بَاب مَتَى يُؤْمَرُ الْغُلامُ بِالصَّلاةِ , حديث رقم 495[
Huraian Hadith :
Menjadi kewajipan kepada ibu bapa dan penjaga untuk memerintahkan anak-anak menunaikan solat sejak umur tujuh tahun. Perintah tersebut mestilah dimulai dengan mengajar mereka hukum-hukum, amalan-amalan dan syarat-syarat dalam membiasakan mereka mendirikan solat dengan sempurna. Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak supaya beradab ketika menunaikan solat. Jika mereka mengabaikan atau meninggalkan solat ketika berumur sepuluh tahun, maka pukullah mereka sebagai pengajaran. Ibu bapa juga dituntut untuk mengajar dan memberi kefahaman kepada anak-anak sejak kecil mengenai batasan aurat antara lelaki dan perempuan. Termasuk juga memisahkan tempat tidur mereka sejak mereka berumur tujuh tahun sebagai tanda kehormatan dan adab sebelum mereka meningkat remaja.
Sumber rujukan :
1. Kitab Sunan Abu Dawud
2. Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Li an-Nawawi
Dan wajib bagi setiap insan BERSOLAT ketika mana jatuh air mani atau darah haid pada tubuh nya maka waktu itu dosa dan pahala baginya,.,..,
Baligh ( Bahasa Arab: بالغ )
secara harfiah atau bahasanya bermaksud telah mencapai. Dari segi istilah, ia bermaksud seseorang yang telah mencapai tahap kematangan seksual, iaitu dewasa dari segi jasad. Bagi kanak-kanak lelaki, usia baligh ialah lazimnya antara 11-15 tahun, manakala bagi kanak-kanak perempuan, usia baligh adalah antara 9-12 tahun. Walau bagaimanapun, usia baligh berbeza mengikut tahap keseimbangan hormon dalam badan. Tanda baligh untuk lelaki ialah apabila telah bermimpi sehingga keluar air mani. Tanda untuk perempuan pula ialah apabila mereka telah mendapat haid yang pertama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment