Sunday, 29 September 2019
KISAH HATI YANG MENJADI KERAS,.
Kisah gila cinta Davdas ini menunjukkan
Betapa hati kita sangat penting untuk dijaga
Agar sentiasa dalam ‘wilayah zikir’ kepada Allah.
Jika ia sesat dalam ‘hutan kelalaian’ atau ‘larut dalam lautan nafsu’, maka nilai insan akan jatuh ke paras yang jauh lebih rendah daripada haiwan sebagaimana firman Allah:
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak daripada jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang yang lalai,” (al-A’raf[7:179]).
MASALAH yang menimpa manusia sangat banyak! Antara punca utama adalah hati yang kering dan keras. Hati tidak disirami ‘air iman’ bakal menimbulkan banyak masalah kerana ia adalah pusat pemerintahan yang menentukan baik buruknya akhlak atau akidah seseorang manusia.
Sabda Rasulullah SAW: “Ketahuilah bahawa dalam tubuh ada seketul daging, apabila ia elok maka eloklah keseluruhan tubuh. Jika ia rosak maka rosaklah keseluruhan tubuh. Ketahuilah ia adalah hati,”- Sahih Bukhari dan Muslim.
Manusia sudah tersalah langkah apabila lebih mementingkan aspek kecantikan fizikal berbanding kecantikan atau kemuliaan hati. Ini antara sebab mengapa Allah menghentak keras jiwa manusia agar segera kembali kepada-Nya:
“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang yang beriman, untuk khusyuk (tunduk) hati (jantung) mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang yang telah diberikan kitab sebelum mereka, setelah orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak antara mereka menjadi orang yang fasik. Ketahuilah kamu, bahawa Allah menghidupkan bumi sesudah matinya; sesungguhnya Kami telah menjelaskan kepada kamu keterangan dan bukti supaya kamu memahaminya,” (al-Hadid [57:16-17]).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment